(Malay vesion) Cyberjaya, 14 September 2012 – Orang ramai berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu dua buah telefon pintar Blackberry Curve 3G 9300, sebuah Samsung Galaxy Tab 2 dan lain-lain lagi di konsert anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada hari esok, Sabtu, 15 September 2012 bertempat di Pentas Utama Waterfront, Kuching, Sarawak.
Konsert yang dinamakan Malam Meraikan Inovasi Akar Umbi (M1au) tersebut bermula jam 7.30malam sehingga 10.00malam dan akan menampilkan artis-artis tempatan seperti Nisa Aldina, Carma Group, Kumpulan Bangra, tarian dan nyanyian tradisional serta banyak lagi. Para pengunjung yang ingin merebut peluang untuk memenangi hadiah tersebut boleh mendapatkan borang cabutan bertuah bermula pada pukul 6 petang di booth YIM.
Konsert tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Hj. Fadillah B. Hj. Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Perumahan Sarawak dan Pelancongan Sarawak serta YBhg Dr Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif YIM.
Malam Meraikan Inovasi Akar Umbi (M1au) adalah satu pengisian lain bagi program JEJAK INOVASI bersempena TAHUN SAINS DAN GERAKAN INOVASI 2012. Program ini akan menjadi platform untuk mengiktiraf dan menghargai idea serta produk inovasi yang telah dijejaki bertujuan menzahirkan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan rakyat Malaysia. Konsert ini juga diharap akan merangsang minat terhadap inovasi di kalangan masyarakat dengan menampilkan contoh-contoh inovasi akar umbi di sepanjang prgram dalam suasana penuh ceria dan interaktif serta menghiburkan.
YIM merupakan sebuah agensi dibawah MOSTI yang telah ditubuhkan pada 2008 atas kelulusan Kabinet untuk mempromosikan dan menyemai sifat kreatif dan inovatif dikalangan rakyat Malaysia khususnya golongan akar umbi.
Friday, September 14, 2012
MENANGI CABUTAN BERTUAH TELEFON PINTAR BLACKBERRY DAN GALAXY TAB DI MALAM MERAIKAN INOVASI AKAR UMBI (M1au) ANJURAN YAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment